Monthly Archives: September 2007

Gegarrrr…

~Gegarrrr di Opis~ 

Fuh. Berdiri bulu tengkuk terkenang jam 7.15 malam di kantor akak semalam takala Opis mate yang memang control cool tetiba bersuara… “Do you guys fell the building move”. Tiba-tiba berayun berendoi la kami sekejap. Bagai mak buyun nak pitam (berangans kejap he he he), akak pegang meja untuk dapat kepastian. “Blinds” opis berkibar2 mengalahkan jalur gemilang besor di dataran. TL kata “Indonesia mesti ada gempa”.

Nah..malam bersantap bubur di gerai kg. Pandan, tersegam di layar tv, gempa 7.9 melanda Padang Indonesia. Masya-allah…akak boleh buat ‘dek’ je taim kat opis tadi. (Akhbar The Star kemudian melaporkan, gempa berukuran 8.4 sebenarnya – lagilah akak mengucap banyak)

Akak-akak dan Abang-Abang di Putrajaya kecoh sekejap 

~Gegarrr perutku~

Hari ni akak teringat zaman-zaman posa ataih bas double decker masa jadi crew dulu. Besh ni posa sebab imsak kat Malaysia habih lambat, buka di kota Singa cepat pulak tu. 6.45pm dan 20 minit sebelum bas menyeberang sempadan Malaysia-Singapura,  menyengih da ni dengan secawan milo panas dan sebungkus nasi padang atau karipap gergasi old chang kee. Tapi sebelum tu, akak buat amal jariah dulu dik non oi. Serve passenger yang muslim air panas dan buah tamar, buat announcement (huu miss sungguh mendivakan suara kat mic ni)…padahal cabin crew dok melahap kat pantry ke ke ke ke.

Old Chang Kee Orchid Road Singapore

Tiba-tiba perut akak berkeroncong, terliur terkenang karipap gergasi berinti kentang berkari dan telur rebus separuh (yes! Separuh dik non oi dalam inti tu)..telur gred c la gamat nye he he he

Jadinya, akak meredah la hujan lebat petang di Bukit Bintang dan tersenyum lebar melihat perbarisan yang seakan-akan melambai…take me take me take me NOW….take me homeee..

Dan bila sampai di ambang azan maghrib tanda tamat sudahlah 1 Ramadhan pagi Masihi 1428…perbarisan tadi siap beratur 4 “askar” dalam bungkus kuning diraja dan segelas milo panas vending machine pantry kantur akak…he he he…NYAMAN NIH!

Esok lusa kita serbu kepala sotong goreng Old Chang Kee lak ek!


 

Advertisements

2 Comments

Filed under Gempa Bumi

Bila puasa datang lagi…

Raya datang lagi. Patutnya Ramadhan datang lagi dan bukannya heboh tentang raya kan. Satu badan senggal2 sebab da seminggu tekak gatal dan batuk kokol bermaharajalela. Macamana gerangannya nak puasa besok ni.

Ditambah lagi “paip bocor bendera merah” da terlepas seminggu. Berisi ke? Bonda kata stress kerja kut. Nanti-nanti jadi latihan fire drill aja. Tapi kalau betul rezeki, puasa penuh la jawabnya akak Ramadhan ni.

Itu hari memborong kad raya. Murah. Beranggan-anggan la ni. Bukan untuk saudara-mara sahabat handai di sini, ke luar negeri. Orang hantar poskad awak balas dengan kad raya. Terror kan? Kalau ikutkan, kad raya berlonggok kat Carefour itu hari, macam melambai2 mintak simpati. Zaman teknologi IT ni, mana ada orang kita hantar kad dah.

Hari ni bersama gula-gula “kawan si nelayan”, akak borong asam kulit limau. Teringin. Aik..semacam je bunyi. Macam madu ni bila digigit. Hilang sikit rasa pening. Dari semalam rasa dunia asyik berputar 360 darjah. Tadi lagilah, dengan terik panas di stesen Cahaya tu. Nasib baik masih nampak kaki melangkah masuk LRT. Kalau tak, masuk Metro sorang ibu muda pengsan. Huh..kecoh mengalahkan ayam kampung bonda yang sibuk bertelur tu.

Maka berkampung dan berteduh kejap la akak di cubicle opis ni. Batuk bertalu2. Kiri kanan semua sakit…..bila taim bulan puasa….semua pun datang kan, penyakit, panas terik….adat lah.

Selamat berpuasa semua!

3 Comments

Filed under Islam, Kuala Lumpur, Latest News, Malaysia, Malaysian Celebrations, Motherhood, My Family, My work

Aiyooooo anak siapalah nie????

Cute tak terkira…rasa cam nak culik je dua-dua nie….ooo figurative speech ye bukan betul-betul. Watching this, I gaped for the whole advert

2 Comments

Filed under Daily Life, Iklan Merdeka, Latest News, Tan Hong Ming In Love, Yasmin Ahmad