Bila puasa datang lagi…

Raya datang lagi. Patutnya Ramadhan datang lagi dan bukannya heboh tentang raya kan. Satu badan senggal2 sebab da seminggu tekak gatal dan batuk kokol bermaharajalela. Macamana gerangannya nak puasa besok ni.

Ditambah lagi “paip bocor bendera merah” da terlepas seminggu. Berisi ke? Bonda kata stress kerja kut. Nanti-nanti jadi latihan fire drill aja. Tapi kalau betul rezeki, puasa penuh la jawabnya akak Ramadhan ni.

Itu hari memborong kad raya. Murah. Beranggan-anggan la ni. Bukan untuk saudara-mara sahabat handai di sini, ke luar negeri. Orang hantar poskad awak balas dengan kad raya. Terror kan? Kalau ikutkan, kad raya berlonggok kat Carefour itu hari, macam melambai2 mintak simpati. Zaman teknologi IT ni, mana ada orang kita hantar kad dah.

Hari ni bersama gula-gula “kawan si nelayan”, akak borong asam kulit limau. Teringin. Aik..semacam je bunyi. Macam madu ni bila digigit. Hilang sikit rasa pening. Dari semalam rasa dunia asyik berputar 360 darjah. Tadi lagilah, dengan terik panas di stesen Cahaya tu. Nasib baik masih nampak kaki melangkah masuk LRT. Kalau tak, masuk Metro sorang ibu muda pengsan. Huh..kecoh mengalahkan ayam kampung bonda yang sibuk bertelur tu.

Maka berkampung dan berteduh kejap la akak di cubicle opis ni. Batuk bertalu2. Kiri kanan semua sakit…..bila taim bulan puasa….semua pun datang kan, penyakit, panas terik….adat lah.

Selamat berpuasa semua!

3 Comments

Filed under Islam, Kuala Lumpur, Latest News, Malaysia, Malaysian Celebrations, Motherhood, My Family, My work

3 responses to “Bila puasa datang lagi…

  1. UBA

    selamat berpuasa to you too sis!!

  2. selamat berpuase… uhuk uhuk! theehhe ;P

  3. yahoooooo!!!!!!!!NAKPUASA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s