Di Desak Amalan Nenek Moyang

Pada setiap kelahiran pertama, pastinya sang ibu di beri bermacam-macam petua oleh ahli keluarga dan saudara mara yang lebih berpengalaman dari kita.

Dan pada kelahiran pertama saya, perkara sebegini selalu sahaja bercanggah dengan kehendak saya yang ingin mencuba cara-cara baru yang saya baca dari buku-buku tulisan seperti Dr. Mariam Stoppard. Mengapa tidak, mereka yang menulisnya biasanya pakar pediatrik dan bukankah mereka orang yang paling arif tentang hal-hal berkaitan dengan bayi yang baru lahir dan proses tumbesaran kanak-kanak.

Namun setelah kesal dengan perkembangan anak pertama yang tidak mahu lekang dengan puting getah, kerana kata nenda saya itu caranya bila hendak bayi duduk diam, bagi sahaja puting getah yang di hias jadi bermacam-macam bentuk (sebagai nilai komersial supaya kita membelinya) akhirnya saya berpendirian teguh. I will do this my way.

Anak saya tidak pernah memulakan pengalaman merasai makanan pejalnya dengan bubur nasi atau air kanji atau nestum sekalipun. Setiap minggu saya borong semua buah yang tersenarai. Saya stim buah-buah tersebut sebelum di lenyekkan atau lenyekkan sahaja dan saya suap pada Aliya anak saya. Pada bulan-bulan pertama itu saya biarkan dia merasai nikmat buah-buahan dan sayur-sayuran yang kemudian saya selang selikan dengan bijiran yang khas untuk bayi seusia nya ketika itu.

Walaupun berdesing telinga kerana ditanya kenapa tidak diberi nasi kanji dan sebagainya, saya kata, ini cara saya.

Selepas itu, saya berbelanja lebih sikit dan membeli makanan berasaskan tenusu seperti keju dan dadih (yogurt). Kemudian baru saya perkenalkan ikan, daging dan ayam selepas usianya meningkat sedikit.

Berangan anak jadi bijak macam anak mat salleh ke, kata mak saudara saya, saya diamkan aja.

Berhenti minum susu tepung, saya galakkan Aliya minum susu segar.  Botol, saya gantikan dengan training cup cepat-cepat. Milo tidak pernah menjadi amalan. Hanya sekali sekala. Air manis juga tidak pernah. Paling kurang pun hanya Sirap barli yang sedikit sahaja untuk membuang rasa air paip pada air kosong. Walaupun sudah di masak, tak di nafikan kadangkala ianya masih kurang enak pada Aliya. Namun tidak pernah berlebih.

Hairannya Aliya memang tidak pernah tolak jika di beri sayur. Paling suka, sop sayur lobak merah dan bebola ikan. Sawi, bayam, apa sahaja sayur yang dihidangkan Aliya akan makan dan habiskan. Buah-buahan sudah menjadi kudapan yang paling digemarinya.

Pastinya, kanak-kanak seusia Aliya pasti gemarkan makanan segera seperti McDonalds, KFC dan Pizza Hut. Saya tidak pernah menghalang Aliya menikmatinya, malah beberapa kali cuba bertanya kalau-kalau dia teringin. Jika tidak mengeleng kepala pun, dia hanya menjawab, “Aliya nak Mama masak Pizza. Kita masak sama-sama”. Dan jika ini jawapannya, tak menang tangan lah saya ke Carefour atau Tesco untuk membeli bahan membuat Pizza sendiri. Mungkin kerana corak permakanan yang saya perkenalkan pada Aliya sejak kecil, mencorak minat dan seleranya. Dulu bila tahu dia sukakan Pizza dari Pizza Hut, saya ambil inisiatif untuk belajar membuat pizza sendiri.

Saya ambil kesempatan acara memasak pizza sendiri, bukan sahaja untuk memenuhi selera Aliya, tetiba mengisi ilmu di dadanya dan memberi pengalaman baru padanya; tentang sukatan dan tentang pemakanan. Berapa ramai dari kita yang selalu menegur, memarahi dan berasa rimas bila anak-anak ada di dapur. Takut kena pisau lah, takut kena api lah dan air panaslah. Mana tidaknya, bila mereka ada kita perlu berhati-hati dan ini melambatkan kerja kita nanti. Hakikatnya kerana kita terlalu taksub untuk menyiapkan masakan dengan cepat, kita sebenarnya menghalang satu peluang proses pembelajaran yang penting dan berharga pada anak kita.

Aliya sendiri kalau ada di dapur, dia bertanya, kenapa kita perlu makan itu, kenapa kita perlu makan ini, dalam makanan yang ini ada apa.

Jika dari bayi kita cuba mencorak anak kita memanggil kita Mama atau Ibu atau Ummi, memanggil kita mengikut nama yang kita mahu,  bukankah itu sama sahaja caranya mencorakkan selera anak kita?

Habuannya? Ingatan Aliya cerdas. Penglihatannya tajam. Petah. Dan dia nampak lebih mature dari rakan seusianya.

Ini bukan testimonial diri sendiri, tapi dari saudara mara dan rakan-rakan. Dan desakan mereka jugalah menyuruh saya menulis pengalaman ini dan berkongsi ilmu yang saya ada.

Alhamdulillah.


Rujukan :

Leave a comment

Filed under Motherhood

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s